loading...
HUNAN - CHINA - Seorang lelaki di China menjadi jutawan sekelip mata - biarpun sementara- apabila sebuah tersilap memasukkan sejumlah wang 1,212,405,360 Yuan (RM780 juta) ke dalam akaun banknya.
Apa yang agak melucukan adalah kesilapan itu terjadi kerana pegawai yang bertanggungjawab tersilap memasukkan nombor akaun lelaki berkenaan, 1212405360 - sebagai wang yang ingin dipindahkan.
Kesilapan itu berlaku apabila pemegang akaun tersebut yang bernama Liu memohon kad kredit baharu di sebuah bank pertanian di Changsha, Hunan pada jam 3 petang Ahad.
Ketika dalam perjalanan pulang dari bank itu, Liu mendapat satu SMS dari bank yang menyatakan bahawa wang sebanyak 1,212,405,360 Yuan dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaun simpanannya.
Liu kemudian muncul kembali ke bank tersebut pada jam 6 petang dan kedatangannya itu melegakan pegawai bank.
Rupa-rupanya 1212405360 adalah nombor akaun bank Liu tetapi atas kecuaian kakitangan bank, nombor itu telah dikreditkan ke dalam akaun simpanannya sehingga menjadi 1,212,405,360 Yuan.
Liu berkata biarpun dia hanya menjadi jutawan selama tiga jam, tempoh itu tidak akan dilupakan kerana ia kali pertama dia bergelar jutawan sepanjang hayatnya.
Pihak bank kemudian memberikan Liu ang pau sebanyak 200 Yuan (RM130) dan sekotak rokok sebagai sagu hati kerana kerjasama yang diberikan.
Difahamkan, kakitangan bank yang menguruskan transaksi tersebut adalah kakitangan baharu yang masih belum mahir mengendalikan kerja yang diberikan kepadanya.
Sumber: Shanghaiist
loading...
0 Response to "Lelaki Jadi Jutawan Seketika Selepas Bank Tersilap Masuk Nombor Akaun Jadi Wang Pindahan"
Post a Comment