loading...
Jika kita terus menggunakan bahan api fosil tanpa mencari alternatif lain, pemanasan global akan terus berlaku dimana akan mencairkan ais yang berada di kawasan kutub dan puncak gunung.
Apabila ini terjadi, jika semua ais mencair tahukah anda, paras laut akan naik sehingga 216 kaki di mana peta dunia baru akan terbentuk, ada negeri akan menjadi pulau-pulau kecil dan terbentuk pantai-pantai baru di atas kediaman yang kita duduki sekarang.
Keadaan ini kemungkinana terjadi jika semua ais di atas tanah cair dan mengalir ke laut yang bakal mewujudkan garis pantai baru untuk benua dan laut pedalaman.
Terdapat lebih daripada lima juta bongkah batu ais di Bumi dan beberapa orang saintis berkata, ia kini hanya akan mengambil masa lebih daripada 5,000 tahun untuk kesemuanya cair.
Jika kita terus melepaskan karbon ke atmosfera, kemungkinan besar planet bumi akan menjadi planet bebas ais dengan suhu akan meningkat purata 80 darjah Fahrenheit bagi di mana suhu semasa purata kini adalah 58.
Tahukah anda, jika semua ais mencair, ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur akan tenggelam sama sekali, bahkan beratus bandar-bandar utama dunia turut tenggelam seperti London, Dublin, Copenhagen, Stockholm, Venice, Shanghai, Tokyo, New York dan banyak lagi.
Berdasarkan pemerhatian, Florida yang mempunya pantai Daytona yang terkenal, hilang terus daripada peta dunia.
Jom kita lihat gambar-gambar berkenaan.
MALAYSIA
Berdasarkan peta, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bharu, Kota Bharu, ALor Star, Kangar dan Pulau Pinang akan lenyap, negeri Johor hilang terus kawasan daratannya membentuk pulau-pulau kecil yang kini merupakan bukit dan gunung seperti Gunung Ledang.
BENUA ASIA
Kenaikan paras air ini akan menjejaskan kira-kirra 600 juta orang penduduk China, 160 juta penduduk Bangladesh dan hampir ke semua pantai India kini akan lenyap, manakala air di dataran Mekong akan menyebabkan Kemboja hanya tinggal sebuah pulau iaitu kawasan Gunung cardamom.
Kuala Lumpur, Ho Chi Minh City, Phnom Penh, Bangkok, Shanghai, Singapura dan Dhaka akan lenyap sama sekali.
BENUA AUSTRALIA
AMERIKA UTARA
Seluruh kawasan yang menghadap lautan Atlantik akan lenyap, bersama-sama dengan Florida dan Pantai Teluk. Di California, bukit San Francisco akan menjadi kelompok pulau-pulau dan Lembah.
AMERIKA SELATAN
Amazon akan menjadi lembangan di utara dan Lembangan Sungai Paraguay di selatan akan menjadi teluk Atlantik, Buenos Aires, pantai Uruguay, dan sebahgian besar Paraguay akan lenyap.
AFRIKA
Berbanding dengan benua lain, Afrika merupakan benua paling sedikit terjejas kerana parasnya dari laut adalah sedikit tinggi, tetapi haba yang semakin meningkat mungkin menyebabkan banyak tempat tidak boleh didiami. Di Mesir, Iskandariah dan Kaherah akan dibanjiri air lautan Mediterranean.
EROPAH
London? Venice? hanya akan menjadi memori indah bagi mereka yang pernah kesana, apabila semua ais cair semua ini akan menjadi sebahagian 'keluarga' Laut Adriatik beribu-ribu tahun dari sekarang, dalam senario bencana ini, hampir semua tanah Belanda dan Denmark akan hilang, sementara itu, perairan Mediterranean, laut Hitam dan Laut Kaspia semakin luas.
ANTARTIKA
loading...
0 Response to "Beginilah Keadaan Muka Bumi Jika Pemanasan Global Terus Berlaku, Semua Ais Di Dunia Cair, Kuala Lumpur Hilang Dari Peta Dunia"
Post a Comment