loading...
Membawa anak beriadah di pantai adalah satu aktiviti yang amat disukai oleh mereka, semasa mereka mandi walaupun dalam pengawasan kita, mereka tetap terdedah dengan bahaya yang tidak diduga dan tidak nampak ada di dalam air.
Untuk mengelak bahaya yang mungkin berlaku, kita sebagai ibu bapa haruslah sentiasa peka soal keselamatan mereka, bukan sahaja dari melihat gerak geri mereka tetapi juga pemakaian mereka.
Seorang bapa yang menggunakan nama Facebook Musafir lalu telah memuatnaik sebuah 'posting' dimana satu detik cemas telah berlaku kepada anak perempuannya
NAK BAWAK ANAK-ANAK MANDI DI PANTAI?
Saya sarankan..
1. Pakaikan mereka seluar panjang dan baju lengan panjang
2. Stanby cuka. Cuka mampu kurangkan bisa obor2.
3. Bagus kalau ada pukat. Buat pagar utk khususkan tempat anak2 mandi. Untung2 sangkut ikan sekali..boleh buat lauk.
Harini Si Kakak tahan sakit sampai pengsan. Sangat menakutkan. Xsanggup dah tengok muka anak ayah pucat xbedarah macam tadi. Tambah pulak ngan Ibu yg xtentu arah. Cukupla sekali ni.
Kepada pengguna2 jalan raya yang spoting disepanjang jalan ke Hospital Labuan tadi...maafkan pemanduan saya yang mengkhinzir buta. Semoga Allah mudahkan urusan tuan2.
Petugas2 HNL di bahagian kecemasan tadi..sangat pantas. Belom sempat kreta berhnti diorg dah ada dah tecogok nk bukakan pintu kreta. Giler laju respond diorg. Dah setahun lebih kat Labuan ni...ada la 5 6 kali berurusan dkt HNL. Sentiasa cemerlang.
loading...
0 Response to "IKTIBAR..!! "Biar Anak Mandi Pantai Tanpa Seluar Dan Baju Tangan Panjang Amat Bahaya," Bapa Ini kongsi Detik Getir Yang Menimpa Anaknya"
Post a Comment