loading...
Xiamen (China): Seorang budak perempuan berusia enam tahun di sini mungkin cacat seumur hidup selepas tangan kanannya tersangkut dalam mesin pengisar daging.
Kejadian itu berlaku ketika budak perempuan itu dilaporkan bermain berhampiran mesin pengisar daging di rumahnya.
Kerana perasaan ingin tahu, budak itu secara tidak sengaja memasukkan tangan kanannya di dalam mesin pengisar yang sedang mengisar daging ba.bi.
Ibu bapa mangsa yang panik selepas mendengar anak mereka meraung kesakitan segera mematikan mesin berkenaan tetapi jarinya tersangkut di dalam pengisar.
Mereka kemudian menghubungi pasukan bomba dan paramedik yang membuka mesin pengisar itu sebelum segera membawa mangsa ke hospital.
Ketika di hospital, doktor dengan bantuan bomba mengambil masa selama 30 minit untuk memotong mata pengisar berkenaan.
Selepas pengisar itu berjaya dibuka, satu pasukan doktor berusaha menyambung semula kelima-lima jari mangsa yang hancur.
Menurut doktor, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada pembedahan bagi menyambung semula jari mangsa itu berjaya atau tidak.
Bagaimanapun, doktor percaya kanak-kanak itu mengalami kecacatan kekal pada jarinya kerana kecederaannya terlalu parah.
loading...
0 Response to "IKTIBAR..!! Tangan Seorang Budak HANCUR Termasuk Dalam Mesin Pengisar Daging..!!JANGAN LIHAT FOTO KALAU HATI TAK KENTAL..!!"
Post a Comment