loading...
Oleh Rafidah Abdullah (Pakar Buah Pinggang)
Luahan hati seorang pakar buah pinggang
"Bahana Produk Baiki Sel: Pesakit menemui ajal hanya selepas 5 botol"
Umur pesakit 48 tahun, bekerja sebagai pengurus dan bapa kepada tiga orang anak. Pesakit menghidap penyakit kencing manis sejak tiga tahun lalu, tetapi tak makan ubat. Disebabkan bengkak-bengkak, beliau pergi ke hospital pada bulan November 2016. Bacaan buah pinggang (creatinine) 178 umol/L pada masa itu.
Sejak bulan Disember 2016, beliau mengambil produk C*******, katanya produk untuk baiki sel. Dosnya sampai dua kali sehari. Dah habislah lima botol/kotak, belum lagi pertengahan bulan Januari 2017.
Namun, bengkak tidak surut, malah menjadi semakin teruk. Lalu beliau datang ke hospital dengan sesak nafas (air dah masuk paru-paru). Beliau memerlukan sokongan ubat untuk tekanan darah rendah.
Buat scan jantung (echocardiogram), fungsinya terlampau lemah (ejection fraction 24%). Bacaan buah pinggang dah 461 umol/L. Beliau dipasang tiub di bahagian leher untuk Dialisis. Belum sempat Dialisis, belia kena serangan jantung yang kuat. Pesakit tidak dapat diselamatkan dan menemui ajal.
Kalau betul produk baiki sel itu bagus, kenapa jantung dan buah pinggang teruk benar lemahnya?
Saya memohon agar semua jurujual produk kesihatan jangan kacau mereka yang berpenyakit kronik. Dan pesakit pula mohon ada rasa tanggungjawab, jangan percaya dan ambil produk yang bukan-bukan. Sebaliknya bertanyalah pada doktor anda terlebih dulu. Jika sakit, akhirnya ke hospital juga tempatnya. Mohon juga 'respect' kami seadanya.
Tiada supplement yang elok untuk penyakit buah pinggang, memudaratkan lagi adalah. Kami pakar boleh menyuarakan pendapat professional kami. Walaupun katanya tak ada kajian mengatakan ia bahaya. Kami tidak akan buat kajian menggunakan apa-apa yang membahayakan pesakit kami.
Sudah-sudahlah. Kalau anda tidak kasihan pada diri anda, kasihanilah keluarga anda dan juga kasihanilah kami yang hari-hari kena lihat kes sebegini. Kami pun berhak nak beri testimoni. Tak sanggup rasanya melihat yang 'throw their lives away'.
loading...
0 Response to "Kalau betul produk baiki sel itu bagus, kenapa jantung & buah pinggang teruk benar lemahnya?"
Post a Comment