loading...
Rahsia Besar Jho Low Akhirnya Terbongkar. Satu perkembangan terkini berhubung saga 1MDB di mana ia didedahkan dalam sebuah mahkamah Singapura bahawa jutawan Jho Low juga menggunakan nama lain dalam urusan kewangannya yang melibatkan dana pelaburan itu.
Walaupun siasatan terhadap transaksi 1MDB sedang dijalankan di pelbagai negara, Singapura merupakan yang terpantas bertindak, dengan menutup BSI Bank dan Falcon Private Bank berhubung pengubahan wang yang berkaitan dengan 1MDB dan mendakwa di mahkamah bekas kakitangan bank-bank tersebut.
Rahsia Besar Jho Low Akhirnya Terbongkar. Awal minggu ini, mahkamah Singapura diberitahu bahawa "Eric Tan Kim Loong" sebenarnya adalah nama lain (alias) bagi Low.
Menurut kes di Singapura itu, pengurus cawangan Falcon Private Bank Singapura, Jens Sturzeneggar telah berkomunikasi dengan emel, erickimloong.tan@gmail.com, tetapi kemudian mendapati dia sebenarnya berkomunikai dengan Low.
Apabila kedua-dua mereka bertemu, jutawan kelahiran Malaysia mendedahkan bahawa dia menggunakan nama Eric Tan dalam beberapa urusan atas sebab-sebab "keselamatan".
Rahsia Besar Jho Low Akhirnya Terbongkar
Tan, yang namanya sering timbul i sebagai pemilik beberapa syarikat yang dana 1MDB didakwa dilencongkan, telah menjadi suatu misteri dari peringkat awal lagi.
Tidak seperti Low, yang dikenali sebagai seorang yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tan tidak sepadan dalam teka-teki 1MDB kecuali digambarkan sebagai "sekutu perniagaan" jutawan itu.
Kes di Singapura itu mendapati bahawa empat akaun Falcon Private Bank dipegang oleh syarikat-syarikat yang dikawal oleh Low menggunakan nama "Eric Tan Kim Loong" dan Sturzeneggar cuba menyembunyikan fakta ini.
Rahsia Besar Jho Low Akhirnya Terbongkar
Pada hari Rabu, Sturzeneggar mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan lima pertuduhan lain dan dijatuhkan hukuman penjara 28 minggu dan didenda S$128,000.
Dua daripada akaun Falcon yang disebut dalam kes berkenaan dipegang oleh Granton Property Holdings Limited dan Tanore Finance Corporation lapor Malaysiakini.
loading...
0 Response to "GEMPAR..!!! Rahsia Besar Jho Low Akhirnya Terbongkar..!!"
Post a Comment