Biarkan Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Punca Utama Gigi Rosak (Karies Gigi)

loading...

Sudah pasti ramai tidak tahu termasuk admin sendiri yang rupanya botol susu merupakan salah satu penyebab berlakunya karies gigi bagi anak-anak.

Memang kita selalu lihat dan nampak, kanak-kanak kecil giginya rosak, ramai yang beranggapan ianya kerana terlalu banyak makan gula-gula atau makanan manis, tetapi rupanya ia adalah sebab botol susu.

Seorang doktor gigi bernama Dr Iqbal Rosali telah memuatnaik sebuah artikel berbicara mengenai perkara ini, beliau meminta supaya ibu bapa supaya mengambil langkah-langkah pencegahan.

BOTOL SUSU PENYEBAB GIGI ROSAK?



Post ini tidak ada kena-mengena dengan Exclusive Breastfeeding.

Post ini bukan menyalahkan susu formula.

KARIES BOTOL SUSU terjadi apabila bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur ketika sedang menghisap susu atau air manisan daripada botol susu. Cecair yang tidak dibersihkan daripada dalam mulut bayi ini akan menyelaputi gigi dan menyebabkan kerosakan pada gigi.

Gigi yang sering kali menjadi mangsa ialah gigi susu hadapan atas.

Rata-rata ibu bapa mengendahkan perkara ini dan membiarkan sahaja gigi susu ini rosak, dengan alasan boleh diganti dengan gigi kekal.

Tidakkah ibu bapa kasihan anak-anak menangis kerana sakit gigi dan bengkak pada gusinya?

Tidakkah ibu bapa kasihan melihat anak-anak tidak ada gigi untuk makan dan bertutur dengan baik?

Tidakkah ibu bapa kasihan pada anak yang menangis pada tengah malam kerana sakit gigi?

APA LANGKAH TERBAIK IBU BAPA?

1. Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.

2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.

3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usianya 6 bulan.

4. Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.

5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.

6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.

7. Bawa anak untuk pemeriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.

Iqbal,

Kesian tengok budak kecil yang sudah rosak giginya.
loading...

0 Response to "Biarkan Anak Tidur Sambil Hisap Botol Susu Punca Utama Gigi Rosak (Karies Gigi)"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close