Ada banyak cara untuk start didik anak freee diapers. Kami kongsikan cara paling cepat untuk anak faham konsep kencing berak di tandas (tetapi agak penat dan perlukan kesabaran). Sangat sesuai untuk mak ayah yang bekerja..Hanya 3 Hari, Ikuti 4 Langkah Bagaimana Ajar Anak Untuk 'Bercerai Pampers', Kencing Dan Berak Di Tandas Sendiri

loading...

Melatih anak ke tandas memang satu kerja yang leceh dan menguji kesabaran, bagaimanapun anak-anak kita perlu dibiasakan dengan tandas rumah dahulu supaya mereka selesa.

Bagaimanapun proses 'bercerai lampin' ini merupakan salah satu proses dalam perkembangan kanak-kanak dalam membesar, ada yang anak hampir lima tahun masih memakai lampin dan ada ada yang seawal usia dua tahun sudah bersedia untuk ke tandas sendiri.

Ada yang kata leceh, betul ke? perkara ini memerlukan kesabaran yang tinggi daripada ibu bapa, jom kita baca tips yang diberikan oleh Baby Buddies bagaimana nak ajar anak untuk 'bercerai lampin' dengan tiga tips dan satu praktikal.


TRAINING 3 HARI. PRAKTIKAL SEMINGGU

Kita bermula dengan fasa training/latihan selama 3 hari. Di galakkan waktu 3 hari ini tidak keluar ke mana-mana atau travel.

Ada banyak cara untuk start didik anak freee diapers. Kami kongsikan cara paling cepat untuk anak faham konsep kencing berak di tandas (tetapi agak penat dan perlukan kesabaran). Sangat sesuai untuk mak ayah yang bekerja.

Cara ini kita buat SEPENUHNYA TAK PAKAI LAMPIN SEPANJANG MASA, WAKTU SIANG DAN MALAM DAN WAKTU TIDUR, supaya anak lebih mudah faham yang dia dah tak pakai lampin serta bagi anak tidak confuse. Sekejap pakai, sekejap tak pakai..konfius tau! Dan boleh lambatkan proses anak nak free diapers.

SEBELUM TUUU.. Boleh gulung semua karpet dan tikar di rumah. Sediakan/beli plastik vinyl (mcm alas meja tu) untuk alas tempat tidurnya. Boleh juga beli cadar waterproof.. :)

1) TRAINING HARI PERTAMA

Bawa anak ke tandas setiap 15 minit. Minta mereka duduk mecangkung atau duduk di potty mereka jika menggunakan potty. Minta mereka kencing dan tunggu 4-5 minit. Anak kebiasaannya belum faham isyarat badan mereka bila mahu kencing atau berak. Proses ini akan bantu mereka untuk faham.

Jika anak ada kencing/berak, maklumkan ini adalah kencing/berak. Puji mereka bila mereka Berjaya kencing/berak. Jika anak tak kencing atau berak, maklumkan “Ok. Adik tak dapat nak kencing lagi ya, takpe, next time kita kencing.”

Kemudian, basuh kemaluan mereka, basuh tangan mereka dan basuh kaki mereka. Ulang semua steps ini setiap kali bawa mereka ke tandas.

Untuk malam, sebelum tidur bawa mereka ke tandas dan minta mereka kencing. Buat step seperti di atas.

Kejutkan mereka MAKSIMUM 2 kali untuk kencing di tengah malam/awal pagi. Lama- lama anda akan perasan anak akan pandai untuk tak kencing waktu tidur malam, sama seperti kita yang dewasa.

Untuk elak stress bagi pihak ibu ayah, please expect anak akan terkucil di dalam rumah (bukan dalam toilet), mereka dalam tempoh training tau..tak nak marah-marah mereka.. sian mereka kalau kena marah..stress tau! Kita yang perlu sabar.. nak didik anak kan? 

Semakin banyak anak ‘accident’ (terkucil/terberak merata2), semakin anak belajar faham bahasa badan mereka (bila nak kencing/berak)

Semakin banyak anak ‘accident’ (terkucil/terberak merata2), semakin anak belajar estimate bila mereka akan kencing atau berak

Setiap kali anak ‘accident’, maklumkan, ini adik kencing ni,,ini adik berak ni.. adik lepas ni kencing/berak di tandas..

Sepanjang training ini banyakkan introduce tentang KENCING, BERAK, TANDAS, MENCANGKUNG, BASUH TANGAN dan KAKI SEBELUM KE LUAR TANDAS.

Tidak perlu kurangkan air mereka minum seharian. Biarkan ianya menjadi senormal mungkin, mereka perlu belajar dalam real situation.

2) TRAINING HARI KEDUA

Bawa anak ke tandas untuk kencing atau berak setiap 30 minit. Ulang seperti hari pertama.


3) TRAINING HARI KETIGA

Bawa anak ke tandas untuk kencing atau berak setiap sejam. Ulang seperti hari pertama.

Hari ketiga kebiasaannya anak dah mula tunjuk hint yang mereka sudah slow slow faham bahasa badan mereka. Kadar accident dah makin kurang dan mereka mulai maklumkan/beri isyarat yang mereka nak kencing/berak.

4) PRAKTIKAL 1 -2 MINGGU
Kita sudah tak bawa mereka ke tandas secara rutin. Boleh juga bawa mereka ke tandas bila rasa sudah lama mereka tidak kecing/berak. Tetapi lebih baik bagi mereka masa untuk belajar maklumkan kepada kita bila mereka nak kencing/ berak.

Please bear in mind, anak lebih mudah untuk belajar faham tentang kencing berbanding berak kerana proses kencing lebih banyak kali mereka tempuh dalam sehari berbanding berak.

Please bear in mind juga, anak lebih mudah untuk free diapers waktu siang berbanding malam, kerana sewaktu tidur mereka terkadang tak perasan isyarat badan mereka bila mahu kencing.
loading...

0 Response to "Ada banyak cara untuk start didik anak freee diapers. Kami kongsikan cara paling cepat untuk anak faham konsep kencing berak di tandas (tetapi agak penat dan perlukan kesabaran). Sangat sesuai untuk mak ayah yang bekerja..Hanya 3 Hari, Ikuti 4 Langkah Bagaimana Ajar Anak Untuk 'Bercerai Pampers', Kencing Dan Berak Di Tandas Sendiri"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close