'TOLONG VIRALKAN KES KEMATIAN ANAK SAYA INI AKIBAT DIDERA' - IBU AMANDA

loading...

'TOLONG VIRALKAN KES KEMATIAN ANAK SAYA INI AKIBAT DIDERA' - IBU AMANDA


  • November 2015, seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun mati akibat didera bapa tirinya
  • Bedah siasat mendapati tempurung kepala mangsa retak akibat dipukul dengan objek tumpul
  • 3 suspek, ibu kandung, bapa tiri dan rakannya ditahan bagi membantu siasatan
  • Namun ibu mangsa mendakwa kes itu tidak dibicarakan di mahkamah dan tidak menerima sebarang berita dari siasatan berhubung kes kematian anaknya itu
  • Farah Adiba Othman merayu netizen viralkan kes arwah anaknya yang mati didera agar pihak berwajib dapat selesaikan kes dan ambil tindakan terhadap pelakunya



Tergerak hati ingin menulis tentang arwah anak saya, Amanda. Ingin meminta simpati dari orang ramai agar sedikit sebanyak dapat membantu membela kematian anak saya. 

Sudah setahun setengah kes penderaan anak saya sehingga menyebabkan kematiannya, sunyi sepi tanpa apa-apa berita dari siasatan. 

Pada Jumaat 6 November 2016, saya mendapat panggilan dari BK (suami) yang mengatakan Amanda sesak nafas dan dalam pemerhatian doktor. Hati tak sedap, saya terus menghubungi bekas suami (ayah Amanda) dan menyuruhnya pergi melihat keadaan Amanda di Hospital Besar Kuala Lumpur. 

Tepat tekaan saya! Tetapi berita yang saya terima membuatkan saya rasa luluh hati seperti dihentam langit sehingga saya sesak nafas. Amanda sudah pergi untuk selama-lamanya. 

Hati saya keliru dan kosong bila melihat jasad anak yang kaku tanpa ada sebarang kesan bagaimana Amanda pergi dalam pada saya mengawal kesedihan hati. Sedangkan sebelum ini dia sihat sahaja. 

Bapa Amanda membuat satu laporan polis kerana curiga dengan kematian anaknya. Saya pula masih dalam kebinggungan. Kata BK, Amanda sebelum itu sesak nafas. 

Keesokan harinya, pihak polis mengarahkan bedah siasat dilakukan ke atas mayat Amanda. Saya pada mulanya tak sanggup, tetapi akur juga demi mencari kebenaran. Saya relakan jasad Amanda dibedah. 

Tidak terbayangkan jasad anak dibelah dan tempurung kepalanya digergaji dan dijahit semula jasadnya. Ia benar-benar membuatkan hati saya hancur! Ibu mana yang sanggup melihat jasad anak kandung diperlakukan seperti itu? 

Pagi itu, ketika disoal siasat pegawai perubatan, BK ada menyuruh pegawai perubatan tidak membuka dan bedah kepala Amanda. Aku sedapkan hati, mungkin dia tidak mahu jasad Amanda terseksa. 

Namun, BK kelihatan agak mencurigakan pada malam itu. Dia tak tidur, mundar mandir seorang diri dan gelagatnya seperti orang yang gelisah. Padahal yang meninggal dunia itu adalah anak kandung saya. 

Malam keesokannya, selesai proses bedah siasat, saya dimaklumkan tentang hasil penemuan bedah siasat yang mendapati Amanda meninggal dunia disebabkan keretakan tempurung kepalanya yang dipercayai telah dipukul dengan objek tumpul. 

Saya terperanjat dan tergamam! Hati saya hancur luluh dan sangkaan saya kuat mengatakan bahawa BK yang bertanggungjawab di atas kejadian ini!

Malam itu, saya dan BK dibawa dengan kereta Polis dari perkarangan bilik mayat ke IPD. Saya benar-benar binggung kenapa saya juga turut diambil polis. 

Sampai saja di bilik siasatan, saya disoal dengan pelbagai cara. Luluh rasa jantung ini dengan berita pemergian anak kesayangan. Ditambah lagi dengan nasib saya berada di sebalik jeriji besi ini selama 6 hari! 

Soal siasat BK seolah-olah tiada ruang untuk berdebat dan saya percaya dia bersalah! Mungkin pihak polis kekurangan bukti untuk sabitkan kesalahan dia. 

Saya langsung tak dapat melihat jasad Amanda buat kali terakhir sebelum dia dikebumikan. Saya benar-benar trauma dan terseksa dikurung, ditambah pula dengan kehilangan anak yang tercinta. Seperti mimpi yang amat dahsyat, saya lalui seumur hidup saya. 

Selepas enam hari dikurung, saya dibebaskan dengan jaminan polis. BK dan pembantunya masih ditahan reman selama 14 hari. Saya di luar tidak senang duduk selepas 14 hari tempoh tahanan reman BK berakhir kerana bimbang jika BK cuba mengapa-apakan saya. 

Selepas dari tempoh tahanan itu, saya tidak menerima apa-apa berita dari pihak polis berhubung kes anak saya. Malah langsung tidak dibicarakan di mahkamah. 

Jadi hari ini saya menyeru orang ramai membantu saya viralkan kes ini dan mungkin pihak berwajib dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin agar diketahui apa sebenarnya yang berlaku di atas kematian anak saya, Amanda. Juga supaya sesiapa pun yang terlibat dalam kes ini dihadapkan ke muka pengadilan, bukannya tergantung dengan teka-teki. 

Bersama-sama ini saya tunjukkan bukti laporan polis dan hasil bedah siasat kes kematian anak saya, Amanda. 

Saya, Farah Adiba, bersaksikan dengan nama Allah bercerita benar dan faham apa yang bakal terjadi selepas saya memuat naik kisah ini. Asalkan kisah ini saya dapat kongsikan pada semua agar orang ramai membuka mata dan telinga tentang apa yang berlaku. 

Tolonglah, bantulah saya seorang ibu yang teraniaya. Allahuakbar. 
loading...

0 Response to "'TOLONG VIRALKAN KES KEMATIAN ANAK SAYA INI AKIBAT DIDERA' - IBU AMANDA"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close