loading...
Masih ingat lagi dengan kalendar dengan paparan imej abang Bomba kacak dan sado yang mencuri perhatian pengguna media sosial saban tahun? Ya, kalendar abang Bomba tahun 2017 kembali lagi!
Dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kalendar 2017 ini telah dikeluarkan secara rasmi menerusi laman Twitter JBPM, @bombaJBPM.
Berbeza berbanding tahun sebelum ini yang hanya menampilkan anggota lelaki, kalendar 2017 JBPM menampilkan anggota lelaki dan wanita.
Namun begitu, kalendar 2017 ini masih mengekalkan imej hero seksi serta mengekalkan gaya profesional seorang anggota bomba. Kalendar ini turut memberi gambaran tugas hakiki anggota bomba yang berjuang dan berbakti kepada masyarakat.
Kalendar 2017 ini sudah sedia untuk diedarkan kepada kakitangan serta pegawai yang bertugas di JBPM dan kementerian berkaitan. Bukan untuk dijual, tetapi kalendar 2017 JBPM ini hanya untuk edaran dalaman sahaja.
Bagi orang ramai yang berminat untuk memiliki kalendar 2017 abang Bomba, anda masih mempunyai peluang untuk mendapatkannya! Ikuti laman Twitter @bombaJBPM dan mereka akan mengadakan kuiz dan mengumumkan cara untuk mendapatkan kalendar tersebut dari semasa ke semasa.
loading...
0 Response to "Bersedia Semua, Abam Bomba Kembali Lagi Dengan Kalendar 2017 Yang Super Merecik"
Post a Comment