loading...
'Rumah awak toilet pun tak ada, ada hati nak lamar saya?'
CHINA - Viral di media sosial negara itu yang menunjukkan seorang lelaki berasal dari Nanning cuba melamar seorang wanita sebagai isterinya, namun tidak menyangka dia dimalukan dengan begitu teruk sekali, lapor Shanghaiist.
"Rumah awak tandas pun tak ada, apatah lagi bilik mandi. Ada hati nak melamar saya berkahwin dengan awak? Kelakar betul," demikian jerit seorang wanita pada lelaki berkenaan dalam kejadian yang dirakam orang awam.
Tanpa memberikan sebarang jawapan, lelaki itu mengambil begnya dan beredar dari tempat itu tanpa bercakap sepatah pun dengan wanita terbabit.
Lebih malang lagi, insiden itu juga turut disaksikan oleh ramai orang awam sehingga ada yang merakam video mereka. - The Reporter
loading...
0 Response to "'Rumah awak toilet pun tak ada, ada hati nak lamar saya?'"
Post a Comment