(Video & Gambar) Deretan 8 Kedai Di Kea Farm, Cameron Highland Musnah Terbakar

loading...

Cameron Highlands: Lapan kedai di kawasan membeli belah popular, Kea Farm, Brinchang, dilaporkan musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi, lapor Harian Metro.

Kejadian yang belaku kira-kira jam 12.45 tengah malam itu memusnahkan deretan lapan kedai yang termasuk sebuah restoran, kedai menjual buah dan kedai menjual cenderamata.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian berjaya mengawal kebakaran itu dari merebak.

"Pihak kami telah mencuba sedaya upaya mengawal kebakaran itu daripada merebak dan tindakan pantas dilakukan menyelamatkan 40 kedai yang berada berdekatan kedai itu."

"Siasatan dan punca kebakaran masih dalam siasatan dan dijangka mengambil masa 14 hari manakala nilai kerugian dianggarkan RM500,000.

"Operasi ditamatkan pada 7 pagi tadi selepas keseluruhan kebakaran berjaya dipadamkan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid mengesahkan kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan setakat ini. - Siakapkeli.my




loading...

0 Response to "(Video & Gambar) Deretan 8 Kedai Di Kea Farm, Cameron Highland Musnah Terbakar"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close