Andrew Hall dari Pocatello, Amerika Syarikat (AS) mengalamai lecur darjah kedua apabila rokok elektronik (e-rokok) yang dihisapnya tiba-tiba meletup. – Foto https://www.thesun.co.uk

Rokok elektronik (e-rokok) kepunyaan Andrew Hall yang meletup. – Foto https://www.thesun.co.uk

The blast wave of the vaping explosion broke his sink

IDAHO: Seorang lelaki mengalami lecur darjah kedua dan hilang tujuh batang gigi apabila rokok elektronik (e-rokok) yang dihisapnya tiba-tiba meletup.
Andrew Hall dari Pocatello, Amerika Syarikat (AS) terpaksa dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas menggunakan peranti itu dalam bilik air di rumahnya, di sini.
Beliau yang berkongsi gambarnya di media sosial menunjukkan kecederaan ngeri yang dialaminya serta tanda terbakar pada dinding bilik air rumahnya, mendapat 50,000 kali ‘like’ dalam Facebook.
Hall mendakwa, beliau mematuhi segala arahan pengilang berkenaan penggunaan peranti itu.
Katanya, tujuannya berkongsi gambar terbabit adalah bagi meningkatkan kesedaran berhubung keselamatan penggunaan peranti itu di kalangan pengguna e-rokok.
“Ketika kejadian saya sedang bersiap untuk ke tempat kerja dan tidak menjangka kemalangan berlaku. Saya kini ditempatkan di ICU dan dalam keadaan baik,” katanya yang hilang tujuh batang gigi serta lecur darjah kedua pada muka dan leher.
Doktor juga terpaksa mengeluarkan gumpalan plastik, gigi dan objek asing daripada mulut, tekak dan bibirnya beberapa hari selepas kejadian.
Penyelidikan di United Kingdom mendapati, e-rokok sama bahaya terhadap kesihatan seperti merokok. -Agensi