SPRM Jumpa RM1.1 Juta Dalam Dinding Kayu Bilik Tidur

loading...


Wang yang dirampas. Foto: Harian Metro

ALOR SETAR, 19 Jan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini merampas wang tunai RM1.1 juta dari rumah seorang penolong jurutera kanan yang ditahan pada Rabu bersabit rasuah.

Pengarahnya, Datuk Mohd Fouzi Muhammad berkata wang itu ditemukan tersorok di dalam dinding bilik tidur utama dalam serbuan di rumah suspek pada 3 petang Khamis.

"Kita percaya ada lagi wang yang belum kita temukan dan jumlahnya boleh mencecah sehingga RM3 juta," katanya dalam sidang media di sini.

Suspek, 56, diberkas di rumahnya pada 11.30 pagi Rabu kerana dipercayai menerima rasuah dari kontraktor, melibatkan 30 projek penyelenggaraan dan naik taraf jalan di daerah Sik sejak 2012.

Menurut Fouzi lagi, pasukan SPRM mendapati dinding kayu bilik tidur utama di rumah itu telah pun diubah suai dan hasil pemeriksana mendapati terdapat wang tunai yang diletak dalam bekas coklat serta bekas plastik.

Beliau berkata rampasan itu adalah yang terbesar bagi SPRM Kedah untuk tahun ini.

Suspek direman selama tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan.

Mohd Fouzi berkata setakat ini sebanyak 20 saksi telah diambil keterangan berhubung kes itu.
loading...

0 Response to "SPRM Jumpa RM1.1 Juta Dalam Dinding Kayu Bilik Tidur"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close