HEBAT..!! (20 Foto) Tempat Kerja Paling Menarik? Bos Habiskan RM16 Juta Untuk Ubahsuai HQ Dengan Pangung Wayang, Arked, Gym, Ice Cave Bagi Menghargai Pekerja

loading...



Direktor laman web Money.co.uk sanggup menghabiskan wang £3(RM16 juta) untuk mengubahsuai pejabatnya supaya menjadi tempat yang menggembirakan buat pekerja-pekerjanya.

Chris Morling, yang juga pengasas Moeny.co.uk mempunyai misi yang tersendiri iaitu mencipta tempat bekerja yang terbaik.

Chris berkata: "Menjaga pekerja saya adalah perkara paling penting. Mereka adalah aset saya yang paling berharga".

Selain pengubahsuaian tempat kerja, para pekerja Chris juga mendapat minuman percuma, bonus sehingga 45% dari gaji tahunan, pembiayaan penuh untuk bercuti sekali setahun dan juga £5,000 (RM27,000) untuk didermakan kepada badan kebajikan pilihan mereka.

Namun, apa yang paling menarik adalah pengubahsuaian bernilai RM16 juta yang turut melibatkan kesemua 50 pekerjanya dengan khidmat nasihat dari pereka dalaman professional.

Kini, para pekerja Chris boleh mengadakan mesyuarat di 'chalet', 'perpustakaan' atau 'ice cave' ataupun mereka boleh menonton wayang bersama-sama di panggung mini bertemakan Star Wars atau bermain permainan di ruangan arked yang disediakan. Malah, tandas juga dihiasi dengan tema Rolling Stone.

Idea disebalik pengubahsuaian ini adalah untuk mencipta tempat terbaik untuk manusia bekerja.

"Ini semua tentang membuatkan tempat ini menakjubkan, sebuah kawasan yang produktif untuk bekerja", kata Chris.

"Pengubahsuaian ini dibentuk berdasarkan keperluan pasukan ini. Ada yang suka bekerja sambil berdiri, ada juga yang suka bekerja sendirian. Pada kesimpulannya, ia lebih kepada mencipta ruang yang selesa untuk anda.

Pejabat istana itu memakan ruang sebanyak 10,000 kaki persegi.

Kawasan bermain


Panggung mini


Istana Money.co.uk




Ruang bagi mereka yang gemar bekerja sendirian

Bilik mesyuarat kecil

Kawasan bekerja

Gym percuma




Bilik yang hambar ditukar menjadi Ice Cave

Tandas bertemakan Rolling Stone

Sebelum & Selepas

Bilik persalinan. (Sebelum & selepas)



Sumber: Dailymail
loading...

0 Response to "HEBAT..!! (20 Foto) Tempat Kerja Paling Menarik? Bos Habiskan RM16 Juta Untuk Ubahsuai HQ Dengan Pangung Wayang, Arked, Gym, Ice Cave Bagi Menghargai Pekerja"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close