Dua Rakyat Malaysia Dibenarkan Pulang - Korea Utara

loading...

Dua Rakyat Malaysia Dibenarkan Pulang - Korea Utara

korea%2Butara

KUALA LUMPUR - Kerajaan Korea Utara memberi jaminan kesemua 11 rakyat Malaysia di Pyongyang selamat dan bebas menjalani kehidupan seperti biasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bagaimanapun, rakyat Malaysia masih belum dibenarkan meninggalkan negara itu.

"Kita akan berurusan dengan kerajaan DPRK (Korea Utara) supaya cuba mencari penyelesaian dalam konflik yang sedang berlaku ini tanpa membuat sebarang keputusan yang boleh menimbulkan ketegangan yang lebih buruk.

"Saya juga percaya mereka juga ingin kepada penyelesaian," katanya dalam perbualan telefon dengan counsellor (penasihat kedutaan) Mohd Nor Azrin Md Zain di Kedutaan Malaysia di Pyongyang, dari Pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata Malaysia turut memberikan jaminan keselamatan yang sama kepada rakyat Korea Utara yang berada di negara ini.

korea%2Butara
Gambar Iza Karmila Ramli bersama suami Mohd Nor Azrin Md Zain serta tiga anak mereka Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah dan Ayscha Zinnirah yang dirakamkan di hadapan Kedutaan Malaysia di Pyongyang, Korea Utara. Iza Karmila bersama suami dan tiga anaknya tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara atas arahan kerajaan negara itu. - Foto Bernama

Perdana menteri dalam perbualan kira-kira dua minit itu juga sempat bertanyakan khabar dan meninggalkan pesan agar meneruskan semangat dan daya juang yang tinggi.

"Kita semua, kerajaan dan rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kesejahteraan Encik Azrin dan keluarga. Semoga berada dalam keadaan yang selamat semuanya," katanya. Najib menambah kesemua masjid di seluruh negara telah diarahkan untuk mengadakan solat hajat agar konflik ini dapat diselesaikan.

Mohd Nor Azrin, isterinya Iza Karmila Ramli dan tiga orang anak mereka ; Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah dan Ayscha Zinnirah antara 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.   

Dalam pada itu, Najib dalam Twitternya hari ini mengesahkan dua lagi rakyat



Malaysia, Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy yang sedang mengikuti Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah dibenarkan keluar dari Pyongyang dan kini telah selamat tiba di Beijing. - Bernama
loading...

0 Response to "Dua Rakyat Malaysia Dibenarkan Pulang - Korea Utara"

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close